Monday, June 25, 2012

Cerita Pasal Kawen

Serious der bila kita berbicara mengenai alam perkahwinan ini pasti akan menghantui aku. Takut yg teramat sgt, bkn apa mungkin belum bersedia lagi.

Storynya bermula gini, bila aku mula dengar kawan perempuan aku yg baru abis digree dah plan nak kawen, ya allah seramnya aku. Adakah rakan baiknya  juga akan mengikut jejaknya ? benda ini amat menghantui diri aku. 

Bagi aku untuk seorang lelaki tu nak masuk alam perkahwinan mmg bukan mudah, sebab apa tanggungjawab yg bakal dipikul itu amat lah besar. Bukan sahaja kepada bakal keluarga yg dibina bahkan juga tanggungjawab kepada keluarga sendiri dan juga keluarga mertua. Haish... bila memikirkan hal gini mmg x abis berfikir. 

Lagi2 aku yg masih melanjutkan pengajian dalam MASTER ini kan. Memerlukan lagi 1 tahun untuk menamatkan pengajian. Belum ada lg pekerjaan, walaupun masih bisa menyimpan sedikit wang utk masa depan dan alam perkahwinan. Tp adakah ianya mencukupi ? Apa yg kuinginkan setelah tamat pengajian nnt aku akan dapat pekerjaan yg bagus disamping pendapatan yg mencukupi untuk keluarga nnt. Mungkin setelah 1 tahun di dunia pekerjaan baru aku akan menamatkan zaman bujang aku, maknanya tahun 2014 lah kan ? huish lama lagi tuh. tp semua perancangan ini hanya ditentukan oleh ilahi. 

Persoalannya sekarang, adakah dia sanggup tunggu aku sehingga tahun 2014 ? kalo ada org potong jalan mcm ne ? sepertimana yg berlaku sblm ini ada yg nak masuk meminang tapi ibunya tidak mengizinkan. Haish semak kepala dibuatnya. aku semakin berfikiran negatif mengenai perkara ini. Ditambahkan lagi rakan baiknya juga akan melangsungkan pertunangan tahun depan sepertima yg diberitahu diawal nukilan ini. 

Apakah yg harus aku lakukan ? mgkn aku perlu fokus dulu dlm pembelajaran aku ? Baru memikirkan perkara ini ? Dalam pada masa yg sama aku masih samar2 lagi sama ada dia masih ada perasaan cinta terhadap aku atau tidak ? bagaimana untuk mengungkap perkara ini ? 

AKu hanya mampu berserah. tidak boleh tunggu dan lihat, mesti melakukan sesuatu untuk masa depan aku. Harap dapat belajar ilmu IKHLAS sekiranya dia menjadi milik org lain. Allahualam... redha..


No comments:

Post a Comment