Thursday, September 23, 2010

kenapa EX-BF/GF susah nak berhubung secara baik selepas berpisah ?

Bila ikatan cinta sudah tamat di antara kekasih mesti gaduh-gaduh kan walaupun kadang-kadang gaduh pasal benda yg tak masuk akal tapi gaduh jugak then akhirnya BERPISAH. itu sudah jadi kebiasaan n kalo putus kerana gaduh mmg tak payah berhubungan selepas itu pun kira ok jugak.

TAPI kalo KES putus secara baik-baik perlu ke kita nak bermusuhan atau cuba menjauhi dari bekas kekasih kita itu ?? aku ada pengalaman sewaktu zaman sekolah dulu. Kawan aku tiba2 putus ngan kekasih dia yg juga merangkap kawan baik aku. Hubungan mereka ok je kalo dilihat dari mata kasar cuma mungkin ada tekanan dari pihak2 luar yg tidak suka dengan perhubungan mereka. Mereka bercinta agak lama juga dekat setahun gitu and mereka bahagia sehinggalah waktu hampir kami menduduki peperiksaan yg terakhir di zaman sekolah. Memang masa itu tidak sesuai kerana mesti fikiran terganggu gila kan. Aku pun x tau apa sebab utama n mgkn juga aku sudah lupa apa sebabnya. tp aku rasa mereka berpisah secara baik, TAPI kenapa meraka perlu bermusuhan ?? Sehingga kini pun bila kami berkumpul susah utk mereka berdua hadir. tp tak perlulah begitu kan.

APA yg aku nak ckp ni cuma. Memang sukar untuk kita lupakan org yg pernah kita cintai. Tapi kalau sudah bukan jodoh kita apa kita boleh buat kan. YANG PENTING kita perlulah professional dalam hal ni. Mempunyai hubungan baik dgn EX tak bermaksud kita ingankan HUBUNGAN CINTA TERJALIN SEMULA tapi bukan kah lebih elok kt bersahabt seperti biasa ? cuma masing2 perlu lah mengawal perasaan masing2 supaya tdk mempunyai perasaan untuk bercinta lgi. TETAPI kalo sudah jodoh nak wat mcm mana kan >>

APA YG PENTING DISINI WALAUPUN SUDAH BERPISAH TIDAK SEMESTINYA KITA TAK BOLEH BERHUBUNGAN SECARA BAIK SEBAGAI SAHABAT BUKAN ? TIDAK PERLU MENINGGI SUARA ATAU PUN MEMULAKAN PERGADUHAN. MASIH BOLEH BERBORAK-BORAK SAMBIL BERCERITA MENGENAI DIRI MASING-MASING. OLEH ITU, MARILAH KITA BERBAIK-BAIK. BUANG YG KERUH AMBIL YG JERNIH. semoga perhubungan ini kekal sehingga ke akhir hayat... amin..... amin... ya robbal alamin...

sekian..

Thursday, September 2, 2010

Berbuka Bersama Keluarga (28/8/2010)

cerita bermula gini, mula-mula plan nak g umah family sg buloh tu saja lah nak melawat2 kan. dah lama x bersua ngan mereka. tiba2 rasa rindu tu kuar lak adush...... tp takut mereka kuar g shopping lak. so apa2 kita msg dia org dulu then dia org bg tau nak g KL jap, ptg2 baru g umah. K lah kalo gitu.

Then tiba petang tu, ingat nak p melawat je then dalam kul 6.30 gitu nak blik. BUNDA x bg balik lak, dia suh berbuka kat umah je. nak wat mcm ne ikut je ah arahan.. lagi pun setahun sekali je kan berbuka ngan mereka.

AKHIRNYA, kt org pun berbuka ramai-ramai meriah sungguh suasana cam dah ari raya sudah. hahah mak ckp x penah2 ramai2 gini buka. hehe........ best la dpt menggembirakan ati dia org. Berbagai-bagai juadah disedakan, aku cuma ikut makan je haha mereka yg sediakan.

selepas berbuka tu, kita org pun berborak-borak ah mcm2 cerita kuar meriah sungguh suasana. sampai satu part yg pling best nnt kita hantar rombongan meminang ke sabah naik moto air ye. bukan main naza kene gelak psl naik moto boat, susah benar nak sebut moto boat. bukan main ye-ye mak cite sal nak g sabah, sedangkan adik2 yg len gelak2 je kan mereka dah tau cerita yg sebenar. hanya mak je yg x tau lagi. tp x apa lah x yah bg tau. dia2 sudah. nnt mak sedih lak.... hehe...

cite main cite last blik kul 10. pas tgk badminton baru balik. mmg best ah dapat jumpa ngan mereka. RIANG RIA HARI RAYA katakan hehehhe PEACE..